Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki ditemukan dalam beg pakaian


Tarikh kemaskini: 06/08/2019




KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan dalam beg pakaian di Jalan 3, Pandan Industri di Pandan Indah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata mayat mangsa ditemukan orang awam pada 8.52 pagi selepas melihat kakinya terkeluar daripada beg pakaian berkenaan.

Mayat lelaki itu diletakkan dalam beg berwarna biru yang dibalut dengan permaidani dan diikat dengan wayar kabel.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati mangsa lengkap berpakaian tetapi tidak memakai kasut.

“Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati terdapat kesan jerut di leher hingga bawah dagu selain kesan lebam di bahagian badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini. 

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Noor Azmi berkata orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Saiful Azhar Rahim di talian 011-12116458.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel