Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar Malaysia maut terjatuh pangsapuri di Sydney


Tarikh kemaskini: 06/08/2019




IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh daripada pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia hari ini.

 Amirul Ashraff Md Azhar, 22, pelajar tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University of Technology, Sydney, yang berasal dari Taiping itu adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Bapa Allahyarham, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata beliau menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dihubungi pegawai Mara dari Australia petang tadi.

"Saya tidak pasti bila jenazah akan dibawa pulang ke negara ini. Pihak Mara akan menguruskannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata  Amirul Ashraff merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 30 Julai lepas.

"Pada hari ulang tahun kelahirannya itulah kali terakhir saya berhubung dengan arwah," katanya.

Md Azhar berkata jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Malaysia selepas selesai semua urusan di Sydney dan akan dikebumikan di Taiping.

Sementara itu, Mara dalam kenyataan malam ini berkata maklumat yang diperolehi daripada pihak berwajib memaklumkan kematian Amirul Ashraff akibat tergelincir daripada bangunan.

"Pegawai Mara Luar Negara di Australia telah bergegas ke tempat kejadian sejurus kejadian itu dilaporkan untuk tindakan pengecaman. Pihak Mara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Mara dengan bantuan kedutaan akan berusaha memastikan urusan membawa pulang jenazah dapat dilakukan secepat mungkin selepas proses bedah siasat dilakukan.

"Mara akan mengurus proses membawa pulang jenazah Allahyarham sehinggalah diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian," jelas kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel