Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Singapura wujudkan keperluan baharu perkukuh daya tahan siber sektor kewangan


Tarikh kemaskini: 06/08/2019




Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 6 Ogos (Bernama) – Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) hari ini mengeluarkan beberapa keperluan yang terikat dengan undang-undang untuk meningkatkan piawaian keselamatan siber dan memperkukuh daya tahan siber bagi sektor kewangan.

Notis ‘Cyber Hygiene’  itu menetapkan pelbagai langkah yang perlu dilakukan oleh institusi kewangan untuk menangani risiko ancaman siber yang semakin meningkat.

Notis tersebut akan menjadi elemen wajib utama dalam garis panduan Pengurusan Risiko Teknologi (TRM) MAS yang sedia ada.

Institusi kewangan khususnya perlu mematuhi enam keperluan itu.

Ia merangkumi mewujud dan melaksanakan keselamatan yang kukuh bagi sistem IT; memastikan kemas kini digunakan bagi menangani kelemahan sistem keselamatan pada masa yang tepat; menggunakan peranti keselamatan bagi mengelak trafik rangkaian tanpa izin; melaksana kaedah mengurangkan risiko jangkitan malware; menjamin penggunaan akaun sistem dengan keistimewaan menghalang akses tanpa izin; dan meningkatkan pengesahihan pengguna bagi sistem kritikal selain sistem yang digunakan untuk mengakses maklumat pelanggan.

Bank Malaysia yang beroperasi di Singapura termasuk Maybank, CIMB dan RHB.

Institusi kewangan diberi tempoh selama 12 bulan untuk melaksanakan langkah-langkah ini sebelum keperluan ini berkuat kuasa mulai 6 Ogos, 2020.

“Ancaman siber di sektor kewangan semakin meningkat akibat pertambahan jejak digital dan penggunaan Internet yang meluas,” menurut Ketua Pegawai Keselamatan Siber MAS Tan Yeow Seng dalam kenyataan hari ini.

“Sektor kewangan perlu kekal berhati-hati dan memastikan pertahanan itu mampu mengatasi pelbagai ancaman yang meningkat. ‘Cyber Hygiene’ yang baik mampu bertahan bagi melindungi institusi kewangan daripada jenis biasa serangan siber.

“Asas-asas dan pendekatan yang perlu boleh dilaksanakan oleh semua institusi kewangan ini tanpa mengira saiz atau kerumitan sistem,” kata Tan.

MAS berkata pihaknya telah mendapatkan maklum balas daripada pihak awam pada September 2018 berhubung cadangan menjadikan beberapa langkah keselamatan siber ini menjadi satu keperluan yang terikat dengan undang-undang.

Menurut bank pusat, pada kebiasaannya institusi kewangan mengalu-alukan kaedah ini dan menyediakan beberapa saranan berhubung pelaksanaan keperluan ini.

Katanya, saranan itu termasuk menumpu dan memperkukuh akses pengguna kepada sistem yang menyimpan atau mengakses data pelanggan; dan memberikan lebih banyak masa kepada institusi kewangan untuk mereka bentuk dan menyepadukan teknologi pengesahan pengguna yang kukuh ke atas sistem kritikal mereka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel