Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kibar jalur gemilang, pamer rasa bangga - MB Johor


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





TANGKAK, 6 Ogos (Bernama) -- Rakyat Johor disaran untuk mengibarkan Jalur Gemilang bukan sahaja di bangunan kerajaan, malah di premis swasta dan rumah kediaman bagi mempamerkan rasa bangga kerana menjadi rakyat Malaysia.

Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ia juga dapat menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2019 sekali gus memupuk rasa cinta terhadap tanah air.

"Semarakkan kempen ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing, pejabat, kedai dan gedung perniagaan serta kenderaan selain memastikan semua Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor yang lusuh serta koyak digantikan dengan yang baharu.

"Setiap daripada kita harus menerapkan semangat patriotik demi Malaysia dan kita perlu melihat betapa megahnya ia berkibar," katanya ketika berucap melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Johor di Pekan Kundang Ulu, Bukit Serampang di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dr S Ramakrishnan.

Pada majlis itu, Dr Sahruddin turut melakukan pelepasan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang akan melalui enam buah daerah di negeri ini.

Konvoi itu disertai seramai 133 peserta melibatkan 53 buah kenderaan terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan antaranya Jabatan Penerangan negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Filem Nasional Negara (Finas), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perjalanan konvoi yang bermula dari Melaka itu akan melalui Muar, Parit Jawa, Semerah, Batu Pahat, Senggarang, Rengit, Benut, Ayer Baloi, Pekan Nanas, Gelang Patah dan Johor Bahru.

Konvoi tersebut berhenti di Rumah Limas, Kundang Ulu, di sini pada hari kedua konvoi bagi majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri dan meneruskan jelajahnya ke Segamat pada esok dan seterusnya ke Pahang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel