Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hutan Bukit Palas di Cherating terbakar


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Kawasan Hutan Bukit Palas, Cherating di sini, seluas 10 hektar terbakar sejak tengah hari Sabtu lalu, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad. 

Beliau berkata kebakaran itu disedari anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng di sini, yang membuat rondaan di kawasan berisiko ekoran cuaca panas ternampak kepulan asap tebal dari hutan tersebut. 

Katanya, pihaknya juga menggunakan dron untuk membuat pemantauan udara di lokasi kejadian memandangkan setakat ini, mereka masih tidak mempunyai laluan untuk ke tempat kejadian. 

"Hutan tersebut terletak bersempadan dengan ladang kelapa berhampiran Kampung Batu Hitam di sini dan sejak kebakaran dikesan, kita memantau perkembangannya supaya tidak merebak ke ladang berkenaan. 

"Namun, kebakaran dilihat semakin menghampiri ladang mulai semalam, dan operasi mengawal api seperti membina pemisah api menggunakan jengkaut di sempadan antara ladang dan hutan dilaksanakan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Nor Hisham berkata sejak semalam, operasi mengawal kebakaran juga mendapat bantuan pekerja ladang. 

Selain ketiadaan laluan masuk ke lokasi kejadian, Nor Hisham berkata bomba juga berdepan masalah sumber air yang terhad memyebabkan mereka kini cuba mengesan sumber air terbuka yang boleh digunakan. 

"Setakat ini, operasi memadam kebakaran dilakukan dengan menggunakan dua pam air dan kita menjangkakan api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu jika tiada hujan," katanya. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel