Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBPM Kelantan akan uji sampel punca kebakaran di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu malam tadi


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





KOTA BHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedang menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam kebakaran tujuh premis di Kampung Dusun Muda di sini malam tadi, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Mohd Wildan Azhari.

Menurutnya beberapa sampel sudah diambil di lokasi kejadian dan sudah dihantar untuk ujian makmal dan siasatan lanjut, yang keputusannya dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.

"Setakat ini jumlah premis yang terbakar 100 peratus adalah lima buah iaitu kediaman manakala selebihnya adalah bengkel dan premis perniagaan yang terbakar antara 10 dan 30 peratus.

"Kita juga akan melakukan siasatan terperinci dengan lebih mendalam bagaimana kebakaran itu berlaku," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9 malam tadi. Setakat ini, sembilan keluarga melibatkan 30 mangsa telah dikenal pasti manakala jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan.

Sebahagian mangsa kini terpaksa menumpang di rumah saudara-mara.

Difahamkan dalam kejadian kebakaran semalam, masalah tekanan air yang rendah di kawasan itu menyebabkan anggota bomba sukar untuk melakukan kerja memadam api.

Mohd Wildan berkata pihak bomba melakukan yang terbaik termasuk mengerahkan lebih 50 anggota dari lima buah balai serta tujuh jentera untuk memadamkan keakaran, tetapi masalah tekanan air rendah menjejaskan sedikit operasi.

Sementara itu, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Nasional Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa turut hadir untuk menyampaikan bantuan kewangan kepada semua mangsa selain berjanji akan memberi bantuan susulan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel