Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan haiwan korban di Perak cukup, lebihi permintaan


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini,  bekalan haiwan korban di negeri ini dijamin bukan sahaja mencukupi,  malah melebihi permintaan dan umat Islam dinasihati tidak bimbang tentang perkara itu. 

Exco Kemudahan Awam, Infrastrutruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamahri berkata setiap tahun dianggarkan sebanyak 8,000 hingga 9,000 ekor lembu/kerbau dan 6,000 hingga 7, 000 ekor kambing/bebiri digunakan untuk ibadah korban.

Katanya berdasarkan maklumat Jabatan Verterinar Perak, tahun ini permintaan dianggar meningkat antara dua hingga tiga peratus dan anggaran stok tersedia adalah lebih 10,000 ekor bagi lembu/kerbau serta lebih 8,000 ekor untuk kambing/bebiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari. 

Menurut Abdul Yunus, dari segi harga tiada kawalan ditetapkan, namun secara purata berlaku sedikit kenaikan antara RM200 hingga RM300 bagi setiap ekor ternakan bergantung kepada berat haiwan itu.

"Contohnya lembu yang beratnya 230 kilogram (kg) hingga 270kg akan djual pada harga antara RM4,000 - RM4,500 seekor," katanya 

Selain itu, katanya kenaikan harga turut dipengaruhi oleh kadar pertukaran mata wang dan kos makanan ternakan itu yang kebanyakannya diimport.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel