Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

T'ganu tiada masalah ADUN isytihar harta - MB


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





KUALA TERENGGANU, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan mahu mewajibkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta masing-masing.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagaimanapun berkata kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat lanjut daripada SPRM mengenai perkara itu.

“Secara umumnya kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk pengisytiharan (harta) dan sebagainya, cuma dari segi teknikaliti itulah yang perlu kita selesaikan kerana semestinya ia perlu juga selaras dengan rakan-rakan di negeri yang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Integriti Darul Iman di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mahu mewajibkan ADUN mengisytiharkan harta masing-masing kerana negeri-negeri berisiko menjadi lubuk rasuah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel