Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar SMKTJ terima anugerah antarabangsa pertandingan drama pendek


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





PASIR PUTEH, 6 Ogos (Bernama) -- Lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut (SMKTJ) di sini mengharumkan nama negara setelah muncul pemenang hadiah utama kategori drama pendek pada “Kids Witness News (KWN) Global Contest” di Jepun, minggu lepas.

Sebanyak lapan negara termasuk Tanzania,  Amerika Syarikat, Thailand, Vietnam, Hong Kong, Jepun, Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia menyertai pertandingan anjuran Panasonic itu yang diadakan pada 29 Julai hingga 3 Ogos lepas.

“Kami berbangga mewakili negara dan kemenangan itu sangat bermakna menjelang sambutan kemerdekaan negara,” kata Pengetua SMKTJ, Noor Khairiyah Khor Abdullah ketika meraikan kemenangan pelajar berkenaan di sekolah itu, hari ini.

Drama berjudul “Treasure” yang berdurasi lima minit satu saat itu berkisarkan penjagaan kebersihan alam sekitar, dilakonkan dua pelajar Tingkatan  Dua, Izz Danial Mohd Hisham yang pemegang watak utama dan Mohamad Alif  Daniel Ganti sebagai pembantu.

Noor Khairiyah berkata ia adalah penyertaan dua tahun berturut-turut sekolah itu ke pertandingan tersebut dan kemenangan kali ini adalah sangat bermakna kerana ia memberi semangat kepada pelajar lain supaya lebih kreatif untuk menempa kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Izz Danial ketika ditemui pada majlis itu berkata, beliau bukan sahaja terharu dengan kemenangan itu tetapi juga berpeluang menjejak kaki ke negara matahari terbit itu.

“Banyak perkara saya dapat sepanjang enam hari berada di Jepun termasuk  diberi peluang melawat pusat penggambaran dan suntingan filem milik Panasonic di Tokyo,” katanya.

Izz Danial berkata pengalaman yang diperolehi itu akan digunakan untuk memantapkan lagi kualiti filem yang dihasilkannya pada masa hadapan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel