Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 70 tan metrik buah di jualan FAMA Terengganu esok


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





KUALA TERENGGANU, 6 Ogos (Bernama) -- Lebih 70 tan metrik buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, cempedak, dan nangka akan dijual pada Jualan ‘Anok Beranok’ anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu di perkarangan pejabatnya di sini esok.

Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed berkata orang ramai boleh berkunjung ke jualan itu seawal pukul 8.00 pagi untuk mendapatkan pelbagai jenis buah dengan harga sekitar lima hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga semasa.

Antara yang akan dijual esok termasuk 42 tan durian kampung, dua tan durian D24, 10 tan manggis, 12 tan cempedak, lima tan rambutan dan tiga tan nangka.

"Kesemua bekalan buah diperoleh daripada pengusaha tempatan di lima negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Kedah," katanya kepada Bernama hari ini.

Fauzi berkata program kali ini menyediakan lebih banyak stok buah-buahan tempatan berbanding penganjuran pertama tahun lalu dengan hanya 17.6 tan durian menyebabkan ramai pengunjung terpaksa pulang dengan hampa apabila kesemua durian habis dibeli dalam tempoh dua jam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel