Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

2,000 dijangka sertai acara kayuhan ria 100km TCCP


Tarikh kemaskini: 06/08/2019




GEORGE TOWN, 6 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 2,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam ‘Towards Cycling City Penang’ (TCCP), satu acara kayuhan ria sejauh 100 kilometer mengelilingi Pulau Pinang anjuran bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Evention, pada 13 Okt.

Penganjur program Kenny Theng berkata, acara itu yang akan diadakan bermula Esplanade Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Sukan Negara, sehingga kira telah menarik 1,506 peserta dengan 150 daripadanya peserta dari luar negara.

“Sehingga kini peserta dari 18 buah negara telah mendaftar untuk acara ini termasuk Singapura, Indonesia, China, Taiwan, Itali dan New Zealand,” katanya di sidang media di sini hari ini.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara ini, boleh mendaftar secara dalam talian di https://howei.com/event_details/towardscyclingcitypenang(tccp) dengan yuran pendaftaran RM110 seorang. Pendaftaran ditutup 31 Ogos.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel