Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahli perniagaan maut ditembak


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan maut akibat ditembak selepas pulang dari sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata mangsa yang berusia 63 tahun dipercayai ditembak suspek tidak dikenali antara 1.30 pagi hingga 2 pagi di Jalan Air Putih di sini.

Mangsa, yang tidak didedahkan indentitinya difahamkan sebelum itu berkunjung ke pusat hiburan bersama rakan yang berusia 47 tahun.

“Kejadian berlaku di hadapan rumah sewa rakan mangsa dengan tembakan dipercayai mula dilepaskan apabila rakan mangsa keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dipandu mangsa.

“Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari luar kereta yang mengenai beberapa bahagian badan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata rakan mangsa melarikan diri sebaik sahaja mendengar tembakan itu manakala mangsa difahamkan terus memandu kereta itu berkemungkinan untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa yang berasal dari Johor bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian apabila keretanya ditemui orang awam di hadapan farmasi berhampiran.

“Orang awam membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini namun dia disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Abd Jalil berkata polis telah menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan dan turut menyiasat motif kejadian sama ada disebabkan gengsterisme, dendam atau perkara lain.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel