Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba guna helikopter padam kebakaran hutan di Miri


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





MIRI, 5 Ogos (Bernama) -- Helikopter dari Unit Udara Bomba Miri akan digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan serta tanah gambut esok yang masih berlaku di kawasan Kuala Baram.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata helikopter Bomba akan menggunakan kaedah water bombing untuk memadamkan serta mengelakkan kawasan yang terbakar merebak.

"Keluasan yang berjaya dipadamkan pada hari ini ialah 1.6 hektar daripada 17 hektar kawasan yang masih terbakar," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Law berkata selain menggunakan helikopter Bomba Miri esok, pasukan bomba serta kakitangan dua syarikat korporat akan membuat parit bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain manakala ada pasukan akan melakukan operasi pemadaman api di kawasan berhampiran dengan parit.

Beliau berkata antara cabaran dihadapi semasa operasi pemadaman dijalankan ialah tiupan angin dan cuaca panas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel