Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gagal lunas cukai pintu, MBKT beri amaran


Tarikh kemaskini: 05/08/2019




KUALA TERENGGANU, 5 Ogos (Bernama) -- Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil tindakan tegas termasuk menyita, merampas dan melelong harta benda pemilik bangunan yang masih degil tidak mahu melunaskan bayaran cukai pintu masing-masing.

Datuk Bandar MBKT Shahidan Embok berkata tindakan tegas itu terpaksa diambil bagi memastikan tunggakan cukai sebanyak RM9.9 juta dijelaskan oleh pemilik bangunan yang berada dalam kawasan MBKT. 

"Tunggakan itu tidak termasuk tunggakan kediaman milik individu yang mana cukai mereka ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan pihaknya telah menyenaraikan sebanyak 2,993 pemilik bangunan dalam kawasan MBKT yang belum melunaskan bayaran tunggakan cukai pintu.

"Pemilik premis telah dikeluarkan Notis Amaran dan Notis Borang E sejak Pertengahan Mac lalu. Berdasarkan peruntukan akta yang sama, jika pemilik bangunan masih lagi ingkar, MBKT boleh mengeluarkan Waran Tahanan (Borang F) selepas tamat tempoh 15 hari 'Notis Borang E' yang membolehkan harta benda milik pemilik atau penyewa disita,dirampas dan dilelong. 

"MBKT juga telah  melantik beberapa panel peguam untuk menguruskan kutipan tunggakan cukai pintu ini melalui tindakan mahkamah," katanya.

Ops Sita ke atas premis akan dilakukan pada bila-bila masa setelah tamat tempoh Notis Borang E (15 hari) dan pemilik disarankan menjelaskan tunggakan cukai pintu bagi mengelakkan barang mereka disita dan dilelong, katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel