Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebolehpasaran graduan PSMZA 96 peratus


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





DUNGUN, 5 Ogos (Bernama) -- Kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) mencapai tahap 96 peratus tahun lepas, dengan graduan program Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automatif, Diploma Kejuruteraan Mekanikal Plastik dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Komunikasi) mempunyai tahap kebolehpasaran kerja paling tinggi berbanding program lain.

Pengarah PSMZA Mohd Fikri Ismail berlata selain empat program berkenaan, politeknik itu turut menawarkan lima lagi program lain iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Diploma Teknologi Maklumat dan Pra Diploma Sains.

"Kita tidak merancang untuk memperkenalkan program baharu tahun depan kerana mahu menambah baik kursus kejuruteraan sedia ada yang menjadi bidang utama PSMZA," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-16 PSMZA di sini hari ini.

Beliau berkata PSMZA telah menandatangani kolaborasi strategik dengan tujuh rakan industri tahun ini untuk meningkatkan lagi kadar kebolehpasaran graduan bagi meneroka bidang baharu yang bertepatan dengan kehendak semasa seperti analisis data, kepintaran buatan, robotik dan pemasaran digital.

"Hasil usahasama strategik dengan rakan industri telah membuahkan banyak, hasil antaranya kita (PSMZA) telah  diberi pengiktirafan sebagai Premier Digital Tech oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC),” katanya.

PSMZA yang ditubuhkan pada 2001 telah melahirkan lebih 19,864 graduan sepanjang penubuhannya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel