Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis jejak pemilik, pemandu Myvi lawan arus menuju JB Sentral


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Bernama) -- Polis sedang menjejak pemilik atau pemandu sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang memandu melawan arus di jalan menuju ke JB Sentral di sini, yang videonya tular dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata polis telah menerima rakaman video kejadian pada Jumaat lepas (2 Ogos) daripada orang ramai.

“Sehingga kini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik atau pemandu kereta tersebut,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Video berdurasi 18 saat itu dikongsikan pemilik sebuah akaun Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis, hari ini.

Rakaman video diperoleh daripada kamera video yang dipasang di dalam sebuah lagi kereta yang sedang melalui jalan terbabit.

Video juga jelas menunjukkan dua kereta terbabit hampir berlanggar akibat tindakan pemandu berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel