Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cukai pintu: Buat aduan jika disuruh bayar - MB Terengganu


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





KUALA TERENGGANU, 5 Ogos (Bernama) -- Penduduk yang menerima arahan supaya membuat pembayaran cukai pintu, perlu tampil membuat aduan kepada agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata arahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana Kerajaan Negeri telah mengumumkan pengecualian cukai taksiran untuk semua premis kediaman seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Terengganu 2019 pada November lepas.

"Saya pun baru dengar maklumat ini… kena minta maklumat lanjut daripada penduduk yang terlibat untuk mudahkan kita ambil tindakan lanjut kerana ini bukan arahan kita. 

"Kena pastikan adakah arahan itu untuk pembayaran lesen atau apa-apa bayaran yang bukan dalam kategori cukai pintu," katanya ketika diminta mengulas mengenai rungutan segelintir penduduk di Ladang Tok Pelam di sini, yang menerima surat arahan supaya membayar cukai pintu berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Terdahulu, Ahmad Samsuri menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 60 kakitangan awam peringkat negeri Terengganu 2019 yang menyaksikan penerima anugerah itu menerima hadiah RM5,000; pakej mengerjakan haji atau umrah, sijil dan plak sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel