Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Melaka kutip saman RM1.39 juta


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





MELAKA, 5 Ogos (Bernama) -- Polis Melaka mengutip hampir RM1.39 juta bayaran melibatkan 11,114 saman sempena tawaran diskaun 50 peratus pada Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Bandar Hilir di sini selama dua hari bermula Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Supt Hasan Basri Yahya berkata daripada jumlah itu 5,831 saman bernilai RM568,920 dikutip di bawah kategori saman kerana memandu melebihi had laju dan halangan lalu lintas.

Beliau berkata 5,283 saman bernilai RM819,190 pula dikutip di bawah kategori saman yang dikeluarkan secara berhadapan kepada pemandu atau pemilik.

"Sebanyak 4,842 saman dijelaskan pada hari Sabtu manakala 6,272 saman dibayar semalam melibatkan nilai keseluruhan RM1.3 juta," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tawaran tu diberikan untuk semua kesalahan trafik kecuali beberapa jenis saman iaitu saman kemalangan, saman berstatus 'No Compoundable', saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, dan saman Op Selamat tahun semasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel