Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja pusat cuci kereta rentung dalam kebakaran


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Bernama) -- Seorang pekerja pusat cuci kereta rentung dalam kebakaran di premis itu di Jalan Labis-Segamat, Segamat, hari ini.

Beliau dikenali sebagai Tan Boon Giap, 57, dari Taman Sri Emas, Labis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis Pegawai Bomba Kanan I Mohd Appandi Khalid berkata lapan anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.55 pagi.

“Menurut maklumat yang diperolehi, beliau merupakan penyelia di situ (pusat cuci kereta) dan terperangkap di dalam bilik kontena yang merupakan pejabat pusat cuci berkenaan.

“Para pekerja lain hanya menyedari kejadian apabila asap tebal dan api marak keluar dari kontena itu. Tiada bunyi letupan atau jeritan meminta tolong dari kontena,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mohd Appandi berkata kebakaran menyebabkan kemusnahan 80 peratus daripada keseluruhanan bangunan dan lelaki itu pula ditemui betul-betul hampir dengan pintu keluar pejabat premis berkenaan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya, dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel