Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM gerakkan aset cari nelayan hilang


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





KUALA TERENGGANU, 5 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang awak-awak nelayan tempatan yang terjatuh ke dalam laut, sejak pagi semalam.

Makhtar Ibrahim, 56, dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di kawasan sekitar 67.7 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, kira-kira 5.30 petang Sabtu lepas.

Pengarah APMM Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata sebaik menerima panggilan kecemasan daripada tekong bot, pihaknya telah menggerakkan anggota serta beberapa aset termasuk kapal KM Pekan, KM Gemia dan bantuan udara menggunakan sebuah aset jenis Bombadier untuk operasi tersebut.

"Operasi yang dikoordinasikan oleh APMM ini meliputi kawasan seluas 386.5 batu nautika dari lokasi kejadian.

"Selain itu, kami turut mendapat bantuan aset KD Pahang daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk operasi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Suffi meminta orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti di laut supaya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan seperti penggunaan jaket keselamatan bagi mengelak insiden yang tidak diingini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel