Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petronas tidak berhasrat ambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina India


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini berkata ia tidak berhasrat untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina, India.

Bagaimanapun, dalam kenyataan, syarikat minyak negara itu menyatakan India kekal sebagai pasaran utama bagi operasinya.

Sebelum ini, Petronas dan sebuah konsortium diterajui syarikat Jepun JXTG Holdings Inc, dilaporkan berminat untuk membeli kepentingan dalam syarikat penapisan minyak itu.

Kilang penapisan itu, terletak di tengah India, berkeupayaan memproses 156,000 tong minyak mentah sehari (bpd) dan dikendalikan oleh Bharat Oman Refineries Ltd (BORL), usaha sama 50-50 antara Oman Oil Co dan syarikat milik kerajaan Bharat Petroleum Corp (BPCL).

BPCL merancang menggandakan kapasiti kilang penapisan itu dalam tempoh lima tahun akan datang dan membina sebuah kompleks  petrokimia yang mmerlukan pelaburan kira-kira US$7.24 bilion.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan

 
     

UTM arah semua aktiviti perjalanan ke China ditangguhkan serta-merta

 
     

'Info on Wheels' platform sampaikan maklumat terkini isu semasa

 
     

Polis analisis rakaman CCTV insiden Syed Saddiq - Papagomo - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel