Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Perak tahan 1,027 individu sepanjang lapan hari Ops Ice Breaker


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





IPOH, 5 Ogos (Bernama) -- Polis Perak menahan 1,027 orang termasuk 15 individu yang dikehendaki sepanjang lapan hari operasi 'Ice Breaker' dijalankan bermula 29 Julai hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Lim Hong Shuan berkata tangkapan itu melibatkan 89 pengedar dadah, 259 orang kerana memiliki dadah dan 679 berkait urin. 

"Hasil serbuan ke atas 23 sarang atau lokasi sepanjang operasi ini dijalankan, kita menahan sembilan orang yang dikenal pasti sebagai tokan dadah dan 15 individu dikehendaki," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Lim berkata sebanyak RM88,995.50 nilai keseluruhan rampasan dadah berjaya dibuat semasa operasi berkenaan.

"Antara dadah yang dirampas termasuk heroin, syabu, ganja dan air ketum," katanya. 

'Ops ice breaker' merupakan operasi yang dilancarkan secara besar-besaran seluruh negara oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bagi mengekang gejala pengedaran dan penagihan dadah dari terus berleluasa. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel