Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Boling: Siti Safiyah, Tun Hakim muncul juara Terbuka Malaysia


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





PETALING JAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Pemain boling elit negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengakhiri penantian selama 10 tahun untuk merampas semula kejuaraan terbuka wanita buat kali kedua pada Kejohanan Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di sini, malam ini.

Selepas meraih gelaran sulung pada tahun 2009, pemain berusia 29 tahun itu mengulangi kejayaan tersebut apabila mengalahkan rakannya sepasukan negara, Natasha Roslan 200-182 pada final set-ladder di Mega Lanes, Sunway Pyramid, Bandar Sunday dekat sini.

"Final ini agak mencabar kerana Natasha mempamerkan aksi yang baik, tetapi dengan bantuan latihan persediaan yang sukar ke Kejohanan Dunia, saya dapat mengatasinya,” katanya yang akan mempertahankan gelaran juara berpasukan wanita pada Kejohanan Dunia di Las Vegas, Anmerika Syarikat dari 22 hingga 30 Ogos ini.

Sementara itu, pemain elit negara, Tun Hakim Tun  Hasnul Azman merangkul kejuaraan sulung selepas menewaskan Ahmad Muaz Fishol 258-194 pada final step-ladder.

Pada saingan separuh akhir step-ladder, Tun Hakim mengalahkan pemain Kedah, Wan Muhammad Naqib 180-169.

Pada pusingan pertama Ahmad Muaz mendahului saingan dengan mengumpul 1,839 jatuhan pin, diikuti Wan Muhammad Naqib (1,828) dan tempat ketiga oleh Tun Hakim dengan 1,810 jatuhan pin.

Bagaimanapun, juara bertahan, Rafiq Ismail gagal ke saingan step-ladder selepas menduduki tangga keempat pada pusingan pertama dengan 1,792 jatuhan pin.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel