Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis pergiat usaha kesan remaja Ireland hilang dari resort di Seremban


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





NILAI, 4 Ogos (Bernama) -- Polis sedang giat menggerakkan usaha mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Seremban hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata remaja dikenali sebagai Nora Anne Quoririn, 15, tiba di Resort The Dusun Pantai Hill semalam kerana mengikuti keluarganya bercuti.

"Misi pencarian dilakukan membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

"Setakat ini, mangsa belum ditemukan dan gerakan mencari diteruskan dan semua Ketua Polis Daerah dan elemen polis Negeri Sembilan telah dimaklumkan untuk membantu mengesan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Mohd Nor Marzukee berkata kehilangan remaja itu telah dilaporkan oleh pemilik resort berkenaan pagi tadi selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarganya mengenai kehilangan remaja tersebut.

"Siasatan awal mendapati keluarga daripada Ireland telah tiba di resort itu semalam dan menurut keluarga, mangsa disedari tiada di bilik penginapannya pada pukul 8 pagi tadi.

 "Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran," katanya.

Berita kehilangan remaja berkenaan turut disiarkan oleh BBC.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel