Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki Myanmar maut dikelar rakan senegara


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai dikelar rakan senegaranya, di sebuah kedai pemborong kuih pau, di Taman Bunga Raya, Sungai Petani, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Sazalee Adam berkata sebelum kejadian yang dipercayai berlaku antara 10 pagi hingga 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 30-an dikatakan telah mencuri wang RM500, milik suspek.

"Mangsa dan suspek mula bekerja di kedai yang diusahakan lelaki tempatan kira-kira tiga bulan lalu, dengan menerima gaji harian. Sebelum kejadian, pemilik kedai bersama abang dan adiknya telah keluar untuk membuat penghantaran kuih pau, di sekitar Sungai Petani.

"Sebaik pulang pada 1.30 tengah hari, abang pemilik kedai ternampak kesan darah di pintu hadapan kedai sebelum memeriksa kedai dan menemui mangsa dalam keadaan kaku terbaring di lantai dapur kedai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga telah menemui sebilah pisau pemotong daging berhampiran mayat mangsa, yang dipercayai digunakan untuk mengelar leher mangsa.

Sazalee berkata suspek juga dipercayai cuba membungkus mayat mangsa menggunakan beg plastik tepung, namun tidak berjaya sebelum bertindak melarikan diri melalui pintu belakang kedai.

"Suspek berjaya ditahan di Stesen Bas Ekspres Kompleks UTC pada 4.15 petang tadi, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel