Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pistol milik pegawai polis dilarikan pencuri


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KOTA BHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Sepucuk pistol milik seorang pegawai kanan polis, dilarikan pencuri selepas rumah kediamannya di Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kemumin di Padang Tembak di sini, dipecah masuk kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang berpangkat ASP keluar rumah untuk menunaikan solat Subuh di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa di sini.

Sebaik pulang ke rumah, mangsa mendapati keadaan rumahnya berselerak dan pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan diumpil di tingkap bahagian dapur.

Mangsa yang mengesyaki rumahnya sudah dipecah masuk kemudiannya membuat pemeriksaan di bahagian bilik utama dan mendapati beberapa barangan peribadi termasuk pistol milik PDRM bersama 15 butir peluru juga hilang.

Ketika kejadian mangsa dikatakan berseorangan di rumah kerana anak dan isterinya pulang ke kampung.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel