Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops Ice Breaker: 561 individu ditahan, RM39,163 dadah dirampas


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KUCHING, 4 Ogos (Bernama) -- Polis Sarawak menahan seramai 561 individu, dalam operasi “Op Ice Breaker” yang dijalankan sejak 29 Julai lalu, dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM39,163.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)Sarawak, Supt Sahar Abd Latif berkata operasi yang dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia dan berakhir hari ini itu, merupakan langkah proaktif yang diambil untuk memantau, mengesan dan mengekang segala aktiviti pengedaran, serta penyalah gunaan dadah di negara ini.

“Sepanjang seminggu operasi itu dijalankan, daripada 561 individu yang ditahan itu, 532 individu adalah lelaki, manakala 29 lagi wanita, atas pelbagai kesalahan seperti membekal, memiliki dan positif urin.

“Turut dirampas syabu seberat 245.71 gram, ganja (4.76 gram) dan pil nospen (4,327 biji) dengan anggaran nilai RM39,163.50,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sahar berkata, turut disita dua buah kenderaan melibatkan Perodua Myvi dan Proton Saga dengan anggaran nilai RM35,000.

Kesemua yang ditahan akan disiasat atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel