Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 400 bikers sertai Program Jom Cuci Masjid


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





MELAKA, 4 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 400 bikers menyertai program Jom Cuci Masjid (JCM) siri ke-34 di Masjid Ubaidah di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka hari ini.

Malaysian Community Care Foundation (MCCF) menerusi satu kenyataan hari ini menyebut bahawa usaha itu dilakukan bagi mendekati masyarakat di sekitar masjid di samping memperkukuhkan ukhwah sesama Islam.

Program anjuran Jabatan Operasi Teknikal Media Prima Berhad dengan usahasama beberapa NGO dan agensi kerajaaan seperti Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Sifu Bikerz,  Polis Diraja Malaysia,  serta TV3 Bikers ini adalah program komuniti yang dijalankan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar.

“Menerusi program ini, pihak penganjur, penduduk kampung serta sukarelawan terdiri daripada peserta konvoi bermotosikal dan sukarelawan MCCF akan bekerjasama membersihkan kawasan masjid, tanah perkuburan termasuk membaiki kerosakan kecil serta mengecat semula bangunan dan pagar masjid di mana cat dan peralatan mengecat disumbangkan oleh MCCF sebelum ini,” katanya.

Peserta program itu bergerak secara beramai-ramai kira-kira 7.30 pagi di bangunan Sri Pentas, Bandar Utama menuju ke Masjid Ubaidah dan tiba kira-kira pukul 9.00 pagi.

Peserta juga bersarapan bersama penduduk kariah masjid dan mengadakan solat dhuha berjemaah seterusnya bersama-sama bergotong-royong mencuci masjid dan membersihkan kawasan sekitar masjid.

“Sebahagian mereka akan bergotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan serta tazkirah ringkas di kawasan tanah perkuburan, solat zohor berjemaah dan menikmati makan tengah hari istimewa yang disediakan oleh penduduk setempat iaitu bubur lambuk kampung warisan dan daging Gerang asam pindah,” katanya.

Yang turut hadir memeriahkan program JCM itu ialah Imam Besar Masjid Negeri Melaka, yang juga Pengerusi MCCF, Tuan Haji Halim Haji Ishak serta Felo Penasihat MCCF, Ustaz Hanafiah Abdul Malek.

Program itu telah berjaya dalam usaha untuk memberikan khidmat sukarela di mana setiap program yang dijalankan mendapat sambutan menggalakkan daripada sukarelawan dan penduduk setempat.

“Seramai 100 orang menerima sumbangan berupa beras, minyak masak, tepung gandum dan garam yang disumbangkan oleh beberapa pihak swasta dan individu,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel