Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang bakal meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Johor


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





JOHOR BAHRU, 4 Ogos (Bernama) --  Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang antara program yang bakal memeriahkan pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata konvoi yang bermula esok akan disertai seramai 133 orang awam dan 53 kenderaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Penerangan Johor (Japen), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Filem Nasional Negara (Finas), Angkatan Pertahanan Awam Johor (APM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak media.

"Laluan khusus konvoi di negeri Johor akan melalui Melaka terus ke Muar, Parit Jawa, Semerah,Batu Pahat, Senggarang, Rengit, Benut, Ayer Baloi Pontian, Pekan Nanas, Gelang Patah dan Johor Bahru," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Penerangan Johor, Zainuddin Ismail dan Penolong Pengarah Penerangan Johor, Iqbal Ibrahim.

Dzulkefly berkata mengikut jadual, pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang itu akan diadakan pada 6 Ogos di Laman Rumah Linas Kundang Ulu Tangkak dan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Beliau berkata selain itu, bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, satu acara perbarisan akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada pagi 31 Ogos.

"Pada sebelah malam, kita akan menganjurkan majlis tahlil dan doa kesyukuran disekalikan dengan sambutan Maal Hijraj peringkat negeri. Ia akan berlangsung secara serentak di seluruh masjid daerah di Johor," katanya.

Beliau menambah selari dengan tema “Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih”, beliau berharap sambutan kali ini disertai oleh masyarakat dari pelbagai kaum dan bangsa.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel