Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh saksi beri keterangan insiden tetak


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KOTA BHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Polis sudah mendapatkan keterangan tujuh saksi berkaitan kes tetak melibatkan Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Kamaruddin Abdullah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata setakat ini identiti suspek masih gagal diperolehi, disebabkan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. 

Beliau berkata keterangan daripada mangsa juga sudah diambil, namun masih gagal memperoleh sebarang maklumat berkaitan serangan.

"Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh daripada semua aspek dan perkembangan terkini kes berkenaan dijangka diperoleh dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahim berkata polis juga akan melakukan siasatan berkaitan dakwaan anak mangsa, Datuk Shahrul Nasrun yang mengatakan kemungkinan serangan disebabkan isu dadah.

Katanya bagaimanapun ketika mengambil keterangan mangsa, beliau tidak memaklumkan kepada polis mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Shahrul Nasrun tidak menolak kemungkinan motif serangan ke atas ayahnya pada Ahad lalu mempunyai kaitan dengan dadah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam Ahad lalu, Kamaruddin parah selepas ditetak di bahagian kepala dan rusuk oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan kedai kopi di Jalan Tengku Chik di sini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel