Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu lancar Pelan Strategik Pertanian 2019-2023


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri hari ini melancarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 bagi menjadikan pertanian tidak lagi dikaitkan dengan isu kemiskinan tetapi dilihat sebagai sebuah bidang perniagaan yang mendatangkan keuntungan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara yang diberi penekanan dalam pelan tersebut adalah untuk memanfaatkan kira-kira 12,000 hektar tanah untuk pertanian yang belum diusahakan di negeri tersebut. 

“Terengganu ada 251,000 hektar tanah yang sesuai untuk pertanian. Jadi saya percaya sekiranya kita memanfaatkan penggunaannya (tanah) dengan melibatkan penyertaan petani-petani,  kita akan berjaya mengeluarkan mereka dari menjadi petani yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 tersebut di Wisma Darul Iman, di sini hari ini,

Pelan tersebut tersebut mempunyai enam teras yang mengandungi 61 strategi melalui 128 program dalam misi mentransformasikan pertanian Terengganu ke arah pemerkasaan sumber baharu, meningkatkan hasil Keluaran Dalam Negeri dan Negara Kasar secara holistik bagi menjamin keselamatan makanan serta menjadikan pertanian sebagai perniagaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel