Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan peruntuk RM350,000 realisasi Jelapang Makanan Negara


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





PASIR PUTEH, 4 Ogos (Bernama) -- Kelantan memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi merealisasikan agenda negeri itu sebagai Jelapang Makanan Negara di bawah konsep Bertani Satu Ibadah dan agro pelancongan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail berkata ia bertujuan menampung keperluan makanan penduduk yang semakin bertambah selain menarik pelancong berkunjung  ke negeri itu.

“Kerajaan antara lain akan membangunkan Zon Pertanian dan Pelancongan di Jeram Mengaji di sini dengan melaksanakan projek ternakan lembu tenusu membabitkan kos kira-kira RM150,000” katanya .

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) di Pantai Bisikan Bayu di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu kerajaan negeri juga bercadangmembangunkan ladang ternakan arnab pedaging dan pusat pembiakan dan taman arnab melalui kerjasama Persatuan Penternak Arnab Pedaging  Kelantan (APEK) dan Yayasan Amanah Tok Kenali membabitkan peruntukan RM100,000.

Tuan Mohd Saripuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising berkata projek berkenaan juga bertujuan dijadikan pusat kajian pengeluaran hasil ternakan arnab dan pembangunan produk hiliran arnab serta taman pelancongan yang akan menjana ekonomi penduduk setempat.

Katanya projek lain termasuk membangunkan Taman Santuari Darul Naim melalui kerjasama Persatuan Darul Naim Entrepreneur of Stingless Bee Society (DRONESS) dan Yayasan Amanah Tok Kenali dengan peruntukan RM100,000.

“Projek itu bertujuan menjadikan satu repositori dan pusat perlindungan genetik bagi spesis kelulut disamping sebagai pusat pembiakbakaan induk kelulut untuk kemandirian ekosistem dan menjadikan pusat kajian penghasilan madu berlainan spesis,” katanya.

Tuan Saripuddin berkata, kerajaan juga bercadang mewujudkan tanaman Tebu Telor dengan fasa pertama membabitkan 40 petani untuk membangunkan tanaman itu di kawasan seluas 0.4 hektar bagi setiap peserta.

Menurut beliau, tanaman itu akan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan termasuk proses jualan dan pemasaran bagi tujuan eksport ke pasaran antarabangsa.

-- BERNAMA  

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel