3PezwRutS2E SK Mergong kibar Jalur Gemilang sepanjang 120 meter
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SK Mergong kibar Jalur Gemilang sepanjang 120 meter


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 568 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 120 meter sempena Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-62 peringkat sekolah itu, hari ini.

Guru Besarnya, Mohd Shakib Mohd Salleh, berkata idea menghasilkan bendera itu dirancang sejak Januari lalu dan mula dilaksanakan sejak empat minggu lalu menerusi bimbingan 80 guru.

Katanya kesemua murid terbabit merupakan murid tahap dua tahun empat, lima dan enam yang akan berhimpun menyiapkan bendera itu pada setiap hari  Rabu iaitu pada jam 1.15 hingga jam 2 petang.

"Hari Rabu merupakan hari Ko Kurikulum sekolah dan setiap murid ini terdiri daripada enam persatuan unit beruniform sekolah iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Silat dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

"Kami menggunakan 36 pasang kain putih untuk dicat dengan warna Jalur Gemilang, Alhamdulillah bendera ini berjaya disiapkan dan akan dipamerkan pada pagar hadapan sekolah yang juga panjangnya 120 meter,"katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-62 peringkat sekolah itu, hari ini.

Mohd Shakib berkata majlis yang bermula seawal jam 8 pagi dimulakan dengan perarakan membawa Jalur Gemilang berkenaan mengelilingi kawasan sekolah yang dibawa oleh kesemua 1,156 murid sekolah terbabit.

Beliau sangat berpuas hati dengan majlis itu yang berjaya mencapai objektifnya apabila kesemua murid mengambil bahagian sekaligus memupuk semangat cintakan negara.

"Ada murid yang teruja memakai pakaian berhias Jalur Gemilang, dan ada juga murid menghias basikal masing-masing dengan Jalur Gemilang dan bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 dengan penuh bertenaga.

-- BERNAMA 
 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel