Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kilang di Pasir Gudang diarahkan pasang alat kawalan pelepasan bahan cemar


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





JOHOR BAHRU, 4 Ogos (Bernama) -- Semua kilang di Pasir Gudang diarahkan memasang peralatan kawalan pelepasan bahan cemar atau buangan berteknologi tinggi dan automatik di cerobong kilang masing-masing bagi membolehkan pemantauan data pelepasan bahan buangan kilang dilakukan selama 24 jam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, teknologi terkini yang digunakan itu harus boleh dihubung atau disalurkan terus kepada JAS supaya pihaknya dapat memantau secara dalam talian.

“Tetapi pada masa sama, kami akan turun ke lapangan untuk sahkan data pelepasan. Maknanya pihak kilang juga perlu menyimpan rekod untuk pengesahan, “ katanya pada sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.

Program itu dihadiri wakil sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang.

Wan Abdul Latiff berkata semua usaha itu perlu dilakukan kerana terdapat kemungkinan pihak kilang memanipulasi data-data pelepasan bahan buangan mereka sekiranya tiada kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan secara berterusan.           Terdahulu, beliau turut memberitahu pihaknya bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sedang dalam usaha untuk mendapatkan peralatan yang canggih bagi mendepani insiden pencemaran udara di Pasir Gudang.

Ini termasuk kemungkinan meletakkan sekurang-kurangnya 30 stesen pemantauan kualiti udara persekitaran automatik di kawasan berkenaan.            

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel