Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri pelawa pihak swasta bangunkan ban pecah


Tarikh kemaskini: 04/08/2019




PARIT BUNTAR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pihak swasta yang berminat untuk membangunkan kawasan Ban Pecah, Tanjung Piandang di sini sebagai destinasi pelancongan menarik di Perak.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Pelancongan negeri Abdul Yunus Jamahri berkata pembangunan itu perlu kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan pengunjung sama ada dari dalam atau luar Perak.

Katanya antara kemudahan asas yang perlu dibangunkan serta ditambah adalah gerai makanan dan tempat pakir kenderaan kerana fasiliti sedia ada tidak mencukupi.

"Majlis Daerah Kerian (MDK) ada memohon peruntukan RM2 juta kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, tetapi masih belum diluluskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan memancing di pantai Ban Pecah, di sini hari ini. 

Ban Pecah adalah antara destinasi popular bagi kaki pancing dan juga lokasi menarik bagi jurugambar perkahwinan kerana pemandangan laut yang sangat cantik terutama sewaktu matahari terbenam. 

Pada pertandingan hari ini, dua sahabat iaitu Hussin Ali, 55, seorang nelayan dan Gamadi Osman, 55, pesara kerajaan muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM10,000 selepas menaikkan ikan kerapu seberat 5.13 kilogram.

Hussin dari Kampung Tok Ngah di sini berkata mereka tidak menyangka dapat menaikkan ikan kerapu seberat itu pada 11.02 pagi tadi. 

"Saya hanya menggunakan umpan udang mati untuk menaikkan ikan kerapu itu," katanya yang akan membahagikan wang kemenangan sama rata untuk persiapan Hari Raya Aidiladha.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel