Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rugi RM67,664 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KUCHING, 4 Ogos (Bernama) -- Polis Sarawak menerima empat laporan berkaitan kes penipuan pinjaman tidak wujud yang melibatkan kerugian berjumlah RM67,664, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kes pertama melibatkan wanita berusia 33 tahun, yang bekerja sebagai kerani di Serian.

“Katanya, mangsa telah melayari facebook dan berminat dengan satu iklan berbentuk pinjaman peribadi, dan membuat pinjaman berjumlah RM30,000.

“Mangsa kemudian diarahkan membuat beberapa transaksi untuk proses pengeluaran pinjaman. Mangsa kemudian menukar fikirannya dan mahu membuat pembatalan pinjaman, namun perlu pembayaran berjumlah RM27,164 untuk proses pembatalan dan kononnya duit itu akan dikembali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, mangsa telah membuat transaksi sebanyak 19 kali ke akaun berlainan yang melibatkan kerugian berjumlah RM55,604.

Kataya, kes kedua melibatkan lelaki berusia 30 tahun dari Sibu yang membuat pinjaman melalui aplikasi Whatapps berjumlah RM20,000.

“Mangsa telah diarahkan membuat bayaran berjumlah RM2,400 sebanyak untuk polisi insuran, bayaran syarat perjanjian pinjaman, membersihkan nama di CCRIS dan pembukaan akaun baru. Mangsa menyedari diri ditipu apabila duit pinjaman itu tidak dimasukkan ke akaun miliknya, walaupun bayaran telah dibuat,” katanya.

Kes penipuan ketiga dan keempat masing-masing di Miri yang melibatkan wanita berusia 26 tahun dan lelaki berusia 45 tahun.

“Wanita yang bekerja sebagai jururawat itu kerugian RM9,060 setelah membuat pinjaman melalui facebook. Manakala lelaki yang bekerja sebagai pengurus operasi mengalami kerugian RM600 setelah terpedaya untuk membuat pinjaman menerusi panggilan telefon,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel