Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tulisan khat dicadang subjek pilihan di sekolah aliran Cina - Chong


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KUCHING, 4 Ogos (Bernama) -- Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencadangkan penggunaan tulisan khat yang dijadual dilaksanakan mulai tahun hadapan dijadikan sebagai subjek pilihan terutama di sekolah aliran Cina.

Beliau berkata, sejak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, ia mendapat pelbagai reaksi terutama dari komuniti Cina di Sarawak.

“Justeru, buat masa ini, pelaksanaan itu dilihat tidak sesuai, saya akan bawa suara majoriti Sarawak ini ke mesyuarat kabinet minggu hadapan untuk dibincangkan,” katanya.

Chong, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian semasa sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Katanya, niat KPM memperkenalkan tulisan khat sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran adalah baik, terutamanya dalam kalangan anak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

KPM dalam kenyataan menyebut bahawa pengenalan tulisan khat itu bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan Bahasa Melayu dan identiti negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel