Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Saya tidak sokong sistem 'cai' - Salahuddin


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





MUAR, 4 Ogos (Bernama) -- Timbalan Presiden parti Amanah, Datuk Salahuddin Ayub menegaskan bahawa beliau tidak menyokong sistem 'cai' yang diguna pakai pada pemilihan Pemuda Amanah yang sedang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini telah disalah erti apabila beberapa laporan media memetik kononnya beliau akan memperkenalkan sistem 'cai' yang lebih demokratik dalam pemilihan sayap parti itu.

Katanya, perkara seumpama itu tidak boleh berlaku sama sekali dan dilarang sebagaimana budaya yang diterapkan oleh parti PAS kerana ia dilihat adalah tidak adil kepada semua ahli. 

"Apa yang saya maksudkan ialah Pemuda Amanah hari ini tidak akan guna pakai sistem cai macam diperkenalkan PAS dahulu kerana kita ada visi dan misi, bukan adakan pemilihan secara sembunyi dan memburukkan orang.

"Saya tegaskan bahawa ahli parti layak memilih sesiapa sahaja pemimpin  sesuai bukan  sebab dihasut atau digalakkan oleh orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keusahawanan Tani di Bakri di sini, hari ini.

Salahuddin berkata penubuhan Amanah telah berusia tiga tahun iaitu semua ahlinya sudah maklum dan cakna untuk memilih pemimpin parti.

"Ucapan saya berkenaan sistem 'cai' yang dipetik dalam pemilihan Pemuda Amanah semalam tidak diletakkan dalam konteks yang betul. Saya menyuarakan bahawa kita (Amanah) tidak sekali-kali bersetuju dengan sistem itu,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel