Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPN Sabah bertemu mangsa kebakaran bantu ganti dokumen terbakar


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KOTA KINABALU, 4 Ogos (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah hari ini bertemu mangsa kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, Sandakan bagi membantu menggantikan dokumen penduduk yang terbakar.

Pengarah JPN negeri, Datuk Ismail Ahmad berkata unit bergerak JPN itu akan membantu menggantikan sijil kelahiran, sijil kematian, kad pengenalan dan MyKid.

"Untuk sijil kelahiran melibatkan gantian sebanyak 39 orang, kad pengenalan (16 orang), MyKid (tiga orang) dan sijil mati (satu)," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada 30 Julai lalu, sebanyak 29 buah rumah hangus, sebuah tadika dan dua kenderaan serta sebuah kuarters Klinik Kesihatan rosak 15 peratus akibat kebakaran itu.

Seorang lelaki berusia 63 tahun turut disahkan meninggal dunia selepas 90 peratus badannya melecur akibat kebakaran itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel