Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

98 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KOTA KINABALU, 4 Ogos (Bernama) -- Seramai 98 individu ditahan dalam ‘Op Ice Breaker’ yang dijalankan bermula 27 Julai hingga semalam di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata mereka yang ditahan itu terlibat dalam  pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah termasuk di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 75 adalah warga tempatan manakala selebihnya warga asing berumur antara 14 hingga 56 tahun.

"Sebanyak 23 serbuan telah dibuat sepanjang tempoh itu dan polis berjaya merampas sebanyak 74.50 gram syabu dianggarkan bernilai RM11,175," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata orang awam amat dialu-alukan menyalurkan sebarang maklumat ke hotline ibu pejabat daerah Kota Kinabalu di talian 088-529220.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel