Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu di Kelantan berada pada tahap sederhana


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





KOTA BHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Keadaan jerebu di Kelantan berada pada tahap sederhana, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan Rabiah Zakaria.

Beliau berkata Kelantan kurang terjejas dengan masalah tersebut seperti yang berlaku di selatan dan pantai barat Semenanjung namun dalam masa yang sama masyarakat dinasihatkan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada masalah itu.

"Situasi di Kelantan masih berada pada tahap selamat namun masyarakat dinasihatkan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan masalah jerebu bertambah teruk.

"Penduduk boleh merujuk kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengetahui situasi semasa keadaan jerebu di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Jailan Simon dalam satu kenyataannya dipetik sebagai berkata keadaan jerebu yang melanda negara dijangka berterusan susulan kewujudan 31 titik panas dikesan pada Jumaat.

Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak ketika ini berhadapan dengan masalah jerebu susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia sejak empat hari lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel