Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki lemas diserang sawan ketika sedang menangkap ikan


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





PADANG BESAR, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki mati lemas dipercayai akibat diserang sawan ketika sedang menangkap ikan bersama enam rakannya di Empangan Timah Tasoh, Bukit Manik di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Muhamad Halim Yatim berkata mangsa Fazli Aziz, 31, dari Kampung Baru, Bukit Chabang dekat sini keluar untuk menangkap ikan bersama rakan-rakannya kira-kira 9 malam.

Katanya ketika mereka sedang menangkap ikan, salah seorang rakan mangsa menemuinya dalam keadaan tertiarap di permukaan air kira-kira 10.20 malam.

“Polis menerima panggilan daripada rakan mangsa kira-kira 11.15 malam untuk mendapatkan bantuan. Hasil pemeriksaan polis tidak menemukan unsur jenayah. 

“Abang mangsa turut memaklumkan adiknya itu mempunyai sejarah penyakit sawan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel