Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Asnaf diraikan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan di Perak


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





IPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Sepuluh penerima terdiri daripada golongan asnaf termasuk ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di sini menerima bantuan menerusi Program Ziarah Kasih.

Program anjuran Jabatan Penerangan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Manjoi, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu diadakan bersempena Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2019 yang akan dilancarkan malam ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah negeri, Asmuni Awi berkata menerusi program tersebut, pihak bertanggungjawab turut mengenal pasti pelbagai masalah dihadapi penerima antaranya pemilikan tanah atau tidak mempunyai bekalan air.

Katanya penerima diberikan bantuan makanan Kotak Harapan sumbangan Yayasan Perak selain bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah antara RM300 hingga RM350 yang akan bermula bulan depan.

"Bantuan JKM itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi mereka kerana ada di antaranya yang sudah uzur dan tidak mempunyai sumber kewangan tetap" katanya ketika ditemui Bernama pada program berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang penerima Siti Bedah Md Isa, 53, yang kehilangan suami sejak November lepas tidak dapat menahan sebak semasa menerima kunjungan ziarah berkenaan.

Siti Bedah yang mempunyai enam orang anak dengan dua daripadanya berusia 12 dan 16 tahun yang masih bersekolah melahirkan rasa syukur kerana menerima bantuan tersebut.

"Saya hanya berniaga nasi lemak setiap pagi untuk menampung kehidupan seharian yang mana saya hanya mendapat keuntungan RM10 sehari dan sudah tentu tidak mencukupi kerana dua anak perempuan saya masih bersekolah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel