Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tayar pecah disyaki punca kemalangan ambulans


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





IPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Tayar pecah dipercayai punca kemalangan sebuah van ambulans di Km 368.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan sebelum susur keluar Slim River yang mengakibatkan pemandunya serta pesakit wanita maut awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai pemandu yang maut dikenali sebagai Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37, dan pesakit wanita yang meninggal dunia Azizah Dolah, 66, yang beralamat di Sungkai pada pukul 7 pagi.

"Siasatan awal mendapati tayar belakang kanan van ambulans yang dalam perjalanan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini menghala ke Hospital Slim River berkenaan disyaki pecah menyebabkannya terbabas lalu melanggar penghadang tepi jalan dan terbalik di lokasi kemalangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata pemandu itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pesakit berkenaan meninggal dunia disebabkan peralatan bantuan pernafasan tercabut akibat kemalangan tersebut.

Beliau berkata kejadian berlaku di jalan bertar, lurus dan dua lorong dua hala di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Katanya tiga lagi mangsa terlibat merupakan seorang doktor Ainaa Athirah Abdullah, 29 dan jururawat Nur Aliesa Hashim, 28, yang tidak mengalami kecederaan serta pembantu pegawai kesihatan Hairuazani Khairuddin, 40, yang mengalami kecederaan.

Beliau berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Slim River dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel