Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPKT adakan mesyuarat cari mekanisme kurangkan insiden lif


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





MELAKA, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa membabitkan semua pihak yang terlibat bagi mencari mekanisme untuk mengurangkan kes insiden melibatkan lif di negara ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pihak yang terlibat dengan mesyuarat jawatankuasa itu termasuklah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Perumahan Negara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kita akan panggil semua pihak berkaitan bagi melihat satu mekanisme yang boleh dipertingkatkan untuk memastikan pematauan dan sebangainya dapat dijalankan dengan baik agar insiden membabitlkan lif dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja di projek pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Klebang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden lif terhempas di Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur terhempas sehingga menyebabkan lapan individu cedera pada Jumaat lepas.

“Mengikut laporan semua...memang dipantau, diperiksa, disemak pada waktunya dan lif tersebut baru 12 tahun namun sebabnya mereka masih belum tahu dan masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, projek PPR Klebang yang terdiri daripada dua blok yang meliputi 255 unit rumah itu dijangka siap sepenuhnya 31 Disember ini setelah beberapa kali projek berkenaan tertangguh atas faktor-faktor tertentu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel