Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba sukarela Long Kevok cipta sejarah libatkan komuniti Penan


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





MIRI, 4 Ogos (Bernama) -- Buat pertama kali dalam sejarah, Persatuan Bomba Sukarela (PBS) yang ditubuhkan di Long Kevok, empat jam perjalanan menggunakan jalan darat dari sini, melibatkan penyertaan komuniti Penan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata PBS Long Kevok yang dipengerusikan Ketua Kampung Long Kevok Lucas Seman adalah PBS yang pertama di Sarawak melibatkan penyertaan kaum Penan dan pada masa sama pertama yang melibatkan masyarakat asli di negara ini.

"PBS Long Kevok akan memberi khidmat kepada kawasan perkampungan Long Kevok, Long Leng, Long Urang, Long Liwok dan Long Nan yang mempunyai jumlah penduduk lebih 1,500 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa penaja PBS Long Kevok telah dijalankan baru-baru ini.

Law berkata setakat ini, terdapat 48 PBS di Sarawak dengan Miri mempunyai 11 PBS termasuk PBS Long Kevok yang kini sedang dalam proses pendaftaran.

"Fungsi PBS bertindak sebagai ‘first responder’ sebelum ketibaan pasukan bomba dari bandar dan diwujudkan di seluruh negara di lokasi tiada Balai Bomba dan Penyelamat," katanya sambil menambah anggota PBS bersifat sukarelawan iaitu tiada gaji dan elaun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel