Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapan polis periksa tong kimia di Karak terima rawatan


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





TEMERLOH, 4 Ogos (Bernama) -- Lapan anggota polis disahkan menerima rawatan kerana mengadu tidak sihat selepas terlibat dalam pemeriksaan di kawasan penemuan 15 tong dipercayai berisi bahan kimia sodium sianida di Karak, Bentong dekat sini. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata empat daripada mereka kini masih berada di wad Hospital Bentong bagi tujuan pemantauan selama 48 jam. 

"Mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Begitu juga empat lagi anggota yang menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Karak... semua mereka stabil dan telah melepasi tahap bahaya," katanya. 

Dr Dzulkefly ditemui selepas merasmikan Program Kampungku Sihat di Kampung Padang Lalang di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir yang juga Ahli Parlimen Temerloh dan Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan simpton yang dialami anggota polis berkenaan, sebaliknya berkata antara gejala awal keracunan bahan kimia itu ialah muntah.

Bernama semalam melaporkan penemuan 15 tong hitam berisi bahan kimia itu yang sering digunakan dalam perlombongan emas, dalam ladang kelapa sawit di Karak pada Khamis lalu.  

Pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mendapati bahan kimia itu dalam keadaan pepejal dan tiada kewujudan wap gas sianida di kawasan itu, walaupun sifat bahan kimia itu akan mengeluarkan gas jika bertindak balas dengan air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata pihaknya sedang menyiasat asal bahan itu, termasuk membuat pemeriksaan di sebuah lombong emas terdekat di Kampung Cinta Manis, Bentong. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel