L8shzIcsIxU Hina nabi : kemungkinan pemilik guna akaun palsu - Polis 
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hina nabi : kemungkinan pemilik guna akaun palsu - Polis 


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





GEORGE TOWN, 4 Ogos (Bernama) -- Polis tidak menolak kemungkinan pemilik akaun Facebook yang mengunakan nama Wendy Loong dan memuat naik hantaran laman sosial yang menghina Nabi Muhammad S.A.W menggunakan akaun palsu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata kemungkinan individu berkenaan menggunaan akaun Facebook palsu dan sehingga kini polis masih giat menjalankan siasatan berhubung perkara terbabit.

"Besar kemungkinan ia menggunakan akaun facebook palsu, besar kemungkinan... kalau tidak kita  mesti kita sudah dapat tahu lama dah.  Perkara ini (perbuatan ) ini di alam maya, jadi ia ambil masa sedikit, kena lihat dari sudut teknikal, sumbernya  dari mana, Apapun  siasatan sedang giat dijalankan.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam (UA) KE -15 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Setakat ini polis menerima lebih dari 400 laporan polis  berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook.

Sebelum ini tular di laman sosial facebook berhubung satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita dan telah memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad.

Sementara itu Mazlan berkata seramai 1,167 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) dari 20 universiti awam menerima  sijil pengtauliahan itu.

Mazlan berkata sukatan (silivers) bagi SUKSIS dalam pembelajaran akan digubal dan dimasukkan beberapa undang-undang baharu dalam subjek bagi pelatih SUKSIS.

"Jika sebelum ini siliversnya yang lama kita masih ada undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ISA sudah dimansuhkan jadi kita akan masukkan pembelajaran undang-undang yang baharu yang lain seperti SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012),  POCA (Akta Pencegahan Jenayah ).

“Undang-undang ini kita telah gubal dan masih belum dimasukkan dalam silivers. Pendekatan ini akan kita gunakan bagi membolehkan SUKSIS memperoleh lebih banyak ilmiah dalam bidang undang-undang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel