tzZacwSI9HU Pemandu ambulans, pesakit maut dalam kemalangan di Slim River
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu ambulans, pesakit maut dalam kemalangan di Slim River


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





IPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Pemandu ambulans dan seorang pesakit wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Km 368.4 Lebuhraya Utara Selatan di Slim River di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.42 pagi.

"Kami segera mengerahkan seramai lapan anggota ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu ambulans disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pesakit meninggal dunia di Hospital Slim River. 

Katanya tiga lagi mangsa yang merupakan kakitangan hospital berkenaan mengalami kecederaan dan dirawat di hospital sama.

"Semasa kejadian, ambulans itu dipercayai dalam perjalanan membawa pesakit berkenaan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun ke Hospital Slim River lalu terbabas," katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel