Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan bot nelayan tempatan langgar syarat lesen guna kru warga asing


Tarikh kemaskini: 03/08/2019





GEORGE TOWN, 3 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, di sini hari ini.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kapt Maritim Hamizan Harun berkata sebuah bot peronda APMM yang menjalankan rondaan di perairan Pulau Pinang telah mengesan sebuah bot nelayan Kelas A sedang memukat dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 0.7 batu nautika dari Timur Laut Padang Kota Lama pukul 11.45 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong lelaki warga tempatan berumur 50 tahun bersama dua orang kru warga asing, masing-masing warga Myanmar, 34 tahun dan Vietnam, 22 tahun berada di atas bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, mereka ditahan kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985. 

Beliau berkata pemeriksaan lanjut juga mendapati dua lelaki warga asing itu tidak mempunyai permit kerja dan tinggal lebih masa.

"Bot berkenaan bersama tekong serta dua kru ditahan dan dua unit pukat hanyut serta pelbagai jenis ikan dalam anggaran 10 kilogram dirampas," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel